Cinderella
Pada zaman dahulu ada seorang gadis
yang sangat cantik. Ibunya telah meninggal dunia. Tidak berapa lama selepas
kematian ibunya itu, ayahnya berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua
orang anak. Ibu tirinya itu sangat garang. Begitu juga dengan kedua orang kakak
tirinya. Ayahnya pula selalu keluar bandar untuk berdagang.
Setiap hari dia diperintah oleh ibu tiri dan kedua orang kakak tirinya supaya membuat kerja rumah. Cinderella merasa amat sedih mengenangkan nasib yang melanda dirinya. Tiada tempat untuknya mengadu.
Setiap hari dia diperintah oleh ibu tiri dan kedua orang kakak tirinya supaya membuat kerja rumah. Cinderella merasa amat sedih mengenangkan nasib yang melanda dirinya. Tiada tempat untuknya mengadu.
Wajahnya yang cantik itu menjadi
comot kerana terlalu banyak membuat kerja dan tidak sempat hendak mengemaskan
dirinya. Sedangkan kedua orang kakak tirinya itu hanya tahu bersolek,
berpakaian cantik dan berjalan-jalan. Kerana pakaian dan wajahnya yang sentiasa
comot itu, kedua orang kakaknya menggelar dia Cinderella.
Pada suatu hari putera raja telah
membuat pengumuman akan mengadakan majlis tari-menari di istana. Semua gadis di
dalam negeri itu dijemput menghadiri majlis tersebut. Kedua orang kakak tiri
Cinderella yang hodoh itu mengambil keputusan hendak menyertai majlis itu.
Oleh kerana mereka tiada baju yang
cantik, ibu tiri mereka mengarahkan Cinderella menjahit baju baru untuk
kedua-dua orang kakak tirinya itu. Kedua-dua helai baju kakaknya itu dijahit
oleh Cinderella. Setelah baju itu siap, kedua kakaknya saling bertekak
mengatakan dia yang paling cantik.
“Aku akan memakai baju baldu
berwarna merah dengan manik-manik yang cantik. Aku juga akan memakai rantai
mutiara yang berwarna putih. Tentu aku kelihatan cantik.”
“Baju aku lebih cantik dari baju
engkau!” kata kakak kirinya yang kedua. “Bajuku dipenuhi dengan labuci dan
manik. Rantai leherku zamrud berwarna hijau. Sudah tentu aku lebih cantik
daripada kau dan dapat menawan hati putera raja!”. “Kau tak akan dapat
berkahwin dengan putera raja,” kata kakak tirinya itu sambil tertawa kepada
Cinderella.
Cinderella merasa sedih mendengar
kata-kata kakak tirinya itu. Kedua orang kakak tirinya itu tergesa-gesa pergi
sambil terus sambil mentertawakan Cinderella. Setelah kedua orang kakak dan ibu
tirinya pergi Cinderella duduk sendirian di dapur. Dia menangis mengenang
nasibnya yang malang. Tiba-tiba dia terkejut kerana melihat sebutir cahaya
berkelip-kelip tidak jauh darinya. Dari cahaya yang semakin membesar itu keluar
seorang pari-pari yang cantik.
“Siapakah kau? Dari manakah kau
datang?” tanya Cinderella sambil mengesat air matanya.
"Aku adalah pari-pari pengasuh
kau,” jawab pari-pari yang cantik itu. “Sekarang beritahu aku adakah kau ingin
pergi ke majlis putera raja di istana?”
“Ya, aku sangat ingin pergi ke
majlis tu,” jawab Cinderella. Aku ingin bertemu dengan putera raja.”
“Aku boleh tunaikan permintaan kau
itu,” jawab pari-pari itu lagi. Tapi ada syarat-syaratnya. Kau harus buat apa
yang aku suruh.”
“Baiklah,” jawab Cinderella
bersetuju.
“Mula-mula pergi ke kebun dan ambil
buah labu yang palihg besar,” kata pari-pari itu. Cinderella terus berlari
masuk ke dalam kebun lalu mengambil labu yang paling besar. Dia segera membawa
labu itu masuk ke dalam taman. Pari-pari itu menyentuh labu itu dengan tongkat
sakti. Tiba-tiba sesuatu yang ajaib pun berlaku. Labu itu menjadi kereta kuda
yang cantik dan besar. Didalamnya terdapat kerusi baldu yang cantik, dihiasi
langsir yang bewarna keemasan.
Cinderella memandang kereta kuda itu
dengan rasa takjub dan kagum.
“Sekarang, bawakan aku enam ekor
tikus,” kata pari-pari itu lagi. Cinderella segera masuk ke dapur. Dia mencari
dibawah dapur dan dibelakang pintu. Tidak lama kemudian dia pun membawa enam
ekor tikus di depan pari-pari itu. Tikus itu telah ditukarkan oleh pari-pari
menjadi enam ekor kuda yang akan menarik kereta kuda itu.
“Kita telah memiliki kereta kuda
untuk membawa kau ke istana. Sekarang aku perlukan seekor lagi tikus untuk
menjadi pengiring dan pembantu kereta kuda.” Cinderella masuk ke dapur untuk
mencari seekor lagi tikus. Setelah dia dapat menangkap tikus itu dengan segera
diserahkannya tikus itu kepada pari-pari itu.
Kini kereta kuda itu telah lengkap
dengan pemandunya yang berpakaian kemas dan cantik. “Sekarang kau boleh pergi
ke majlis itu dan menemui putera raja!” kata pari-pari.
“Tapi bagaimana? Aku tidak boleh
masuk ke dalam istana. Pakaianku buruk dan compang-camping. Tentu pengawal istana
akan menghalau aku keluar.”
Pari-pari itu menyentuh Cinderella
dengan tongkat saktinya. Serta-merta bajunya bertukar menjadi cantik. Rambut
dan mukanya juga cantik berseri. “Dan inilah pemberian yang terakhir,” kata
pari-pari itu lalu menyerahkan sepasang kasut emas yang cantik yang tidak
pernah dibayangkan oleh Cinderella selama ini.
Cinderella merasa sangat gembira.
Dia lalu memeluk pari-pari itu. Bila dia melangkah masuk ke dalam kereta kuda,
pari-pari itu berpesan kepadanya. “Berjanjilah, kau akan pulang sebelum pukul
dua belas tengah malam, anakku. Kerana di saat itu semuanya akan kembali kepada
asalnya.”
Cinderella berjanji akan pulang
sebelum dua belas tengah malam. Kereta itu dengan pantas berlari menuju ke
istana. Apabila dia sampai didepan pintu istana, pengawal dengan hormat
menyambut ketibaannya. Dia diiringi ke dewan istana. Di situ majlis tarian
telah dimulakan. Semua orang yang berada di dewan itu memandang ke arahnya.
Mereka sangat hairan melihat seorang gadis yang sangat cantik. Kedua orang
kakak tirinya juga kehairanan.
Putera raja datang kepadanya lalu
memimpin tangannya. Putera raja mengajaknya menari. Mereka menari sepanjang
malam. Putera raja hanya mahu menari dengan Cinderella. Putera itu sangat
tertarik dengan Cinderella. Tiada sesiapa di situ kenal padanya dan mereka
semuanya merasa hairan dan kagum.
Raja dan permaisuri yang berada di
atas singgahsana merasa kagum melihat kecantikan Cinderella. Cinderella pula
hampir lupa pada dirinya dan janjinya pada pari-pari itu.
Cinderella terkejut bila menyedari
setengah jam lagi menunjukkan pukul dua belas tengah malam. Dia mengucapkan
selamat tinggal kepada putera raja dan meninggalkan istana. Sebaik sahaja dia
sampai di rumah jam telah menunjukkan pukul dua belas tengah malam.
Setelah berehat dari kepenatan
Cinderella mendapati kedua kakak tirinya pun pulang. Mereka asyik bercerita
mengenai puteri yang sangat cantik yang tidak dikenali itu. “Putera raja telah
jatuh hati kepadanya,” kata kakak tirinya yang tua. “Putera raja sanggup berbuat
apa sahaja untuk mengetahui namanya dan di mana dia tinggal.”
Cinderella tersenyum mendengar
kata-kata kedua orang kakak tirinya yang hodoh itu. “Adakah dia benar-benar
kelihatan cantik?” tanya Cinderella. “Betapa beruntungnya kakak dapat melihat puteri
itu.”
Cinderella tidak berkecil hati
kerana dia akan pergi menemui putera itu pada malam esoknya. Pada keesokan
harinya kedua orang kakak tirinya sibuk bersiap-siap hendak pergi ke istana.
Pari-pari pengasuh Cinderella sampai sebaik sahaja kedua orang kakak tirinya
itu pergi ke istana. Dia menggunakan tongkat saktinya lalu menukarkan pakaian
Cinderella lebih cantik dari malam pertama.
Putera raja ternyata telah jatuh
cinta pada Cinderella. Dia menunggu dan menyambut kedatangan Cinderella di
depan pintu istana.
Cinderella hampir lupa pada dirinya
kerana terlalu gembira. Dia tidak pernah merasa bahagia seperti itu sebelum
ini. Masa berlalu dengan cepat tidak disedarinya waktu sudah pun dua belas
tengah malam. Dia terkejut dan segera berlari pulang.
Cinderella takut pakaian cantik akan
bertukar menjadi buruk dan kereta kudanya bertukar menjadi tikus kembali. Dia
berlari keluar dan mendapati kereta kudanya telah bertukar. Cinderella berlari pulang
dengan termengah-mengah.
Putera itu mengejar Cinderella dari
belakang. Ketika menuruni tangga, kasut emas Cinderella telah tercabut. Tapi
Cinderella tidak menyedarinya. Putera raja mengambil kasut itu. Bila kakak
tirinya pulang ke rumah mereka sibuk bercerita. Putera jelita itu telah
tertinggal kasut emasnya di istana dan ditemui oleh putera raja.
Pada awal pagi esoknya raja membuat
pengumuman. Gadis yang mempunyai kaki yang sesuai dengan saiz kasut emas itu
akan dijadikan isteri puteranya. Dia telah memerintahkan pengawalnya membawa
kasut itu ke semua rumah di negeri itu untuk dicuba. Tapi tidak seorangpun yang
dapat memakainya. Akhirnya pengawal istana itu tiba di rumah Cinderella.
Kedua-dua orang kakak tiri
Cinderella sangat gembira hendak mencuba. Bila dia cuba memakai kasut itu dia
menjadi marah. “Kenapa tidak muat?” kata kakak tirinya yang pertama. “Kaki aku
kelihatan kecil sahaja!” rungutnya.
“Biar aku cuba,” kata kakak tirinya
yang kedua. Bila kakak tirinya yang kedua memakainya, kasut itu jauh lebih
besar hingga dia tidak boleh berjalan.
“Aku yakin kasut itu sesuai dengan
aku tapi mengapa ia menjadi lebih besar dari kaki aku!”
“Adakah sesiapa lagi di dalam rumah
ini yang hendak mencuba kasut ini?” tanya pengawal istana kepada kedua orang kakak
tiri Cinderella. “Memang tidak ada sesiapa lagi,” jawab mereka.
Pengawal iatana itu terpandang
Cinderella yang berada di situ. Hatinya berkata gadis itu cantik tapi
pakaiannya compang-camping. Dia pun memanggil Cinderella untuk mencuba. Sebaik
sahaja kasut itu tersarung dikakinya, ianya amat sesuai sekali membuat kedua
orang kakak tirinya terkejut besar.
Disaat itu juga pari-pari muncul
dihadapan mereka dengan tersenyum. Dia pun menyentuh Cinderella dengan tongkat
saktinya lalu menukar pakaian Cinderella.
Kakak tiri Cinderella merasa marah
dan cemburu. Pari-pari itu pun membawa dia ke kereta kuda yang sedia menanti.
Kereta kuda itu pun bergerak pergi
menuju ke istana. Putera raja sangat gembira apabila akhirnya gadis
kesayangannya ditemui. Keesokan harinya mereka pun berkahwin dan hidup aman
damai.
Cinderella tidak pernah melupakan
kedua orang kakak tirinya lalu mengajak mereka tinggal bersamanya di istana.
Tidak berapa lama kemudian kedua orang kakak tirinya pun berkahwin dengan orang
kaya. Mereka tidak lagi sombong dan hodoh. Lama-kelamaan mereka juga kelihatan
cantik dan berbudi bahasa.
No comments:
Post a Comment